Pages

December 31, 2011

PENGUMUMAN:SANGAT PENTING JIKA HENDAK BERURUSAN DENGAN SAYA TENTANG SHAKLEE....

SELAMA SEMINGGU SEGALA URUSAN BERKENAAN DENGAN SHAKLEE SILA INBOX KE FACEBOOK OR EMAIL (nr_yu86@yahoo.com atau nhmi2011@gmail.com) AYU. INI KERANA AYU KEHILANGAN HANDPHONE KETIKA BERSIAR-SIAR DI BUKIT BINTANG. SEGALA URUSAN MELALUI ONLINE BUAT SEMENTARA WAKTU... 





December 24, 2011

TESTIMONI: BERKAT SABAR DAN TABAH..AKHIRNYA




Puan Noorul, consume shaklee akhir beliau merasai perbezaan yerk,syukur alhamdulillah.. tp perlu di tekan 3 perkara nie, pam dengan kosistan, consume air more than 3 liter dan akhir sekali berdoa... InsyaAllah niat yg baik pasti hebat ganjaran yerk...

Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini. 

December 16, 2011

CARA YANG BETUL MENYUSU BAYI BAGI IBU YANG BARU

Walaupun ramai yang merasakan ia adalah instict dan tak perlu belajar, ramai juga yang rasa kekok pada hari-hari awal penyusuan. Di sini dikongsikan cara untuk memulakan penyusuan yang betul.

- selesakan diri ibu dahulu
- pegang baby rapat dan menghadap ibu dan breast
- perut baby & ibu bersentuhan
- ampu kepala, leher dan belakang bayi. Pastikan bayi selesa dan lurus.
-mulut baby di bawah puting bila ibu ready nak menyusu
-jangan bongkok untuk elak ibu sakit belakang & stress.

Lekapan @ Latching

1. Sentuh bibir baby dan tunggu sampai baby nganga seluas-luasnya.

2. Bawak baby ke arah payudara

3. Pastikan baby melekap di kebanyakkan kawasan gelap payudara(aerola)

4. Lekapan yang betul tidak akan menyakitkan payudara ibu. Ampu payudara anda juga semasa penyusuan.





credit

Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.

December 15, 2011

TEKNIK LEKAPAN /LACTHING BAYI YANG BETUL KHAS UNTUK IBU BARU

Kalau anda ibu baru dan menyusukan anak tetapi menghadapi masalah-masalah seperti

-merasakan susu kurang
-payudara melecet atau luka
-payudara sakit
-bengkak susu walaupun bayi kerap menyusu
-bayi menangis dan masih belum kenyang
-bayi tidur kurang 1 jam
-bayi meragam ketika menyusu atau selepas menyusu
-bayi nampak letih dan frust


Mungkin, anda perlu belajar teknik lekapan yang betul. Ini kerana masalah di atas mungkin berpunca dari lekapan bayi yang kurang sempurna.

Di permulaan, untuk merangsang tindak balas natural bayi untuk menyusu, cuba

1. Dukung dan letakkan bayi dalam posisi yang selesa. Ibu juga harus selesa.

2. Sentuh pipi bayi, supaya dia berpaling ke arah payudara

3. Sentuh bibir bayi dengan puting agar dia mula membuka mulut. Tunggu dan acah sehingga dia membuka mulut seluas mungkin.

4. Masukkan puting dan gerakkan badan bayi rapat ke arah payudara.

5. Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar aerola payudara. Aerola adalah kawasan gelap keliling puting ibu.

6. Pastikan bayi lekap / latching dengan betul dan ampu payudara dengan menggunakan tangan anda.


Macam mana nak ampu payudara semasa bayi menyusu?

-pegang payudara dalam keadaan c hold
-ibu jari atas puting, jari lain di bawah
-ampu dengan lembut, jangan picit atau tekan payudara dengan kuat.


Basically lekapan/latching bayi yang betul adalah memenuhi kriteria ini

- mulut bayi terbuka luas
- dagu cecah payudara
- bibir atas dan bawah sedikit melekup keluar
-sebahagian besar aerola masuk dalam mulut bayi. Jika ibu mempunyai aerola yang besar, tidak semestinya mulut bayi cover habis. Cukup jika bayi tidak sekadar menghisap puting sahaja dan tidak menyakitkan ibu.
-pipi bayi kembang kucup
-bayi menghisap dan ada nada.. Hisap telan hisap telan..

Ok. Semoga ibu ibu muda boleh mengaplikasikan panduan ini. Penting teknik lekapan / latching yang betul demi memastikan

-bayi kenyang
-bayi mendapat susu foremilk dan hindmilk, susu awal dan akhir
-ibu cukup rehat
-ibu tidak frust dan give up untuk eksklusif BF
-ibu tidak bengkak susu kerana susu tidak dikeluarkan
-mengekalkan production susu yang optimum




credit


Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.

 

December 14, 2011

MENGAPA SUSU IBU BOLEH KURANG DAN APA YANG PERLU DILAKUKAN



Jom bercerita pasal masalah penyusuan semasa berpantang. Mungkin ada yang merasakan susunya  kurang walaupun semasa berpantang. Sebab itu pentingnya ilmu penyusuan dikutip sejak mengandung lagi. Jadi, kita sudah bersedia dan tidak akan tersilap langkap. Misi penyusuan tetap harus diteruskan demi kesihatan anak kerana susu ibu adalah yang terbaik untuknya.


Konsep asas penyusuan adalah lebih kerap kita menyusukan anak, lebih banyak susu akan dihasilkan. Bagaimana tu?



Contoh : Masalah seorang ibu.
"saya masih dalam pantang, tapi susu saya tak banyak..anak pula asyik nak mengempeng je..hampir setiap jam nak susu, siang malam pagi petang. Bila saya bagi susu formula waktu malam, baru dia tidur lena" 


Credit



Persoalannye..adakah betul tindakan ibu tersebut?? Cuba cari jawapan untuk soalan-soalan ini


1. KENAPA BAYI ASYIK NAK MENGEMPENG?
2. KENAPA BILA BAGI SUSU FORMULA BARU TIDUR LENA?
3. KENAPA SUSU SIKIT?


JAWAPAN :
1. Adalah biasa bagi bayi yang baru lahir kerap menghisap susu. Kadar purata bagi bayi baru lahir, terutama yang masih dalam pantang atau 3 bulan pertama ialah setiap 2 jam sekali. Ada juga yang tak sampai sejam pun.


2. Ini terjadi kerana, susu ibu sangat mudah hadam dan ia akan membuat bayi cepat lapar dan tidak akan menyebabkan masalah sembelit dan lain - lain penyakit. Jadi mungkin bayi akan jaga untuk menyusu atau telah berak. Susu formula pula tidak mudah hadam..ia memerlukan masa yang lama untuk dihadam dalam perut bayi. Jadi, mungkin sesetengah bayi akan tidur lebih lama kerana tidak segera berak.


3. Susu dihasilkan daripada hormon dan otak memainkan peranan penting dalam penghasilan susu tersebut. Bila ibu tersebut kurang menyusukan bayi, maka otak akan menghantar isyarat dan mengatakan bahawa tiada permintaan. 







Sebelum anda gelabah, cuba perhatikan juga beberapa petunjuk lain yang membantu ibu kenal pasti sama ada susunya sudah memadai untuk anaknya.

Kencing dan najis bayi
Secara logiknya, kalau intake ada, sure output pun ada kan. So kalau bayi anda ada kencing dan berak..tentunya dia cukup minum dan susu anda cukup untuk anak anda. Lagi pun bayi baru lahir, sikit je dia minum. 

Pembuangan air kencing: 6-8 kali dalam tempoh 24jam 
Pembuangan air besar : 3-8 kali dalam tempoh 24jam (semakin berkurang bila usia meningkat) tidak cair, tidak berketul dan berwarna kuning keemasan

Periksa teknik lekapan (latching)
Pelekapan tidak sempurna menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang secukupnya. Dan ini menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan efektif.. apabila payudara tidak dikosongkan, maka hormon FIL (feedback inhibitor of Lactation) akan bertindak dan menyebabkan kurang susu. 



Susu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan). Bila payudara dipenuhi susu – FIL akan memperlahankan pengeluaran. Bila payudara ‘kosong’ – FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat.


susu.

Pertumbuhan bayi dan fizikal bayi.
Berat bayi bertambah dari minggu ke minggu dan meningkat bulan ke bulan, biasanya selepas lahir bayi akan hilang berat badan sebanyak 7% dan mula bertambah semula apabila mencecah usia 6-10 hari. Berat bayi akan bertambah 100-200g setiap minggu dalam 6 bulan pertama, 85-140g antara 6 bulan - 1 tahun. Berat bayi berganda pada usia 6 bulan, dan 3x ganda pada usia 1tahun.

Growth Spurt
Kalau bayi anda sihat, ceria, muka tidak pucat, kulit bersih dan sihat, InsyaAllah, susu anda cukup untuk anak anda.Cuma mungkin ada beberapa ketika bayi anda secara tiba - tiba menangis, tiba - tiba kuat menyusu dari biasa dan kelihatan tidak selesa..itu juga normal. Mungkin bayi anda mengalami growth Spurt. Paling penting ibu kena bertenang dan jangan stress. 


Tak perlu air masak sebelum 6 bulan
Lagi satu, biasanya kalau berpantang dengan orang tua..mereka sering menyuruh anda memberi bayi air masak kan?? Tolong jangan beri apa - apa sahaja air! melainkan susu ibu. Susu ibu mengandungi 80% air, so bayi anda tidak akan sembelit. Susu ibu juga mengandungi fore milk dan hind milk.

Foremilk dan hindmilkJika bayi kelihatan meragam dan tidak puas hati, dia mungkin tidak menerima susu yang kaya dan berkrim dihujung penyusuan. Susu ini dipanggil 'susu akhir'. Cara terbaik untuk memperbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu. Cara ini dapat memastikan yang bayi menerima semua peringkat susu iibu berikut:

- susu pertama (foremilk) 




kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga.


- susu pertengahan
mengandungi lebih khasiat protein.

- susu akhir (hind milk) 
kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi memerlukan susu ini untuk membolehkan berat badannya meningkat. Cara ini baik untuk membantu bayi yang kurang berat badan menambah berat badannya.



Vitamin Shaklee hanya membantu ibu untuk kekal cergas, menguatkan anti bodi, kurang stress dan badan dalam keadaan bersedia untuk penyusuan. Namun, kekerapan penyusuan dan pengambilan air masak oleh ibu tetap diperlukan untuk membantu sepanjang tempoh penyusuan untuk berjaya. Tidak dilupakan, pergantungan pada Allah amat membantu ibu untuk mendapat ketenangan supaya penyusuan berjaya.


credit

Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.

 

December 13, 2011

APA YANG PERLU BUAT JIKA RASA SUSU BADAN KURANG?

Untuk menyusukan anak secara eksklusif perlukan komitmen, ilmu dan kesabaran yang tinggi. Jadi lengkapkan diri dengan informasi berguna mengenai keseluruhan proses penyusuan, berada di keliling orang yang support BF dan dapatkan bantuan jika masalah anda tidak dapat diselesaikan sendiri.

Bagi sesetengah ibu, mungkin merasakan susu mulai kurang atau memang yakin susunya kurang kerana ibunya dulu kurang susu atau anak pertama dulu susu kurang. Jadi, cuba semak list ini, mungkin ia membantu anda kenal pasti masalah kenapa susu mulai kurang dan penyelesaiannya

1. Anak tengah mengalami growth spurt

2. Breast tidak dikosongkan dengan sempurna.

  • lebih banyak susu dikeluarkan, lebih banyak susu baru dihasilkan.
  • jadi jika anda kosongkan payudara dengan sempurna, susu baru akan lebih cepat dihasilkan
  • target untuk pam di pejabat, setiap 3 jam dan di rumah pada waktu malam, 20 minit untuk setiap breast untuk setiap sesi.
3. Tekanan
  • emosi ibu mempengaruhi pengeluaran susu. Jadi, cari jalan untuk menghilang stress dan gembira.
4. Sibuk dan tidak mengepam dengan konsisten
  • jika anda tidak mengepam, lama kelamaan susu akan berkurangan.
  • ini kerana, otak menerima signal bahawa permintaan telah berkurangan jadi kurangkan bekalan.


Penyelesaian

1. Jika anak anda mengalami growth spurt, dia memang agak cerewat dan suka menangis. Jadi, teruskan penyusuan dan cuba jangan stress dengan perubahan sikap anak. Ia hanya sementara.

2. Kosongkan payudara dengan sempurna. Cuba untuk meluangkan 20 minit untuk setap breast semasa mengepam. Lebih baik double pumping untuk ibu yang bekerja atau belajar kaedah marmet untuk perah dengan tangan jadi boleh menjimatkan masa memerah kedua-duanya serentak.

Cuba ubah betulkan lekapan breast pump anda selepas beberapa ketika. Jika menyusu direct, cuba ubah posisi anda. Ini bagi memastikan semua susu di semua bahagian dikosongkan sepenuhnya.

Semasa menyusu direct, pastikan bayi menyusu secukupnya di sebelah payudara dahulu. Offer breast sebelah lagi (jika dia masih mahu). Jika tidak, sambung pump untuk 10 minit lagi di payudara yang sama selepas baby menyusu walaupun hanya dapat 1oz. Untuk next session, offer breast yang berlainan dari sesi sebelumnya. Ini bermakna, alternate breast untuk setiap sesi bagi ibu yg direct feeding.

4. Semasa cuti bekerja direct feeding sekerap mungkin. Ini kerana, skin to skin stimulation sangat berkesan. Lakukan power pumping sekali sekala untuk memberi ransangan demi meningkatkan pengeluaran susu.

5. Jangan berikan air suam atau susu formula. Jika anda memperkenalkan susu formula, permintaan terhadap susu ibu semakin berkurangan. Jadi, macam mana nak meningkatkan permintaan dan penghasilan susu anda.

6. Dapatkan rehat secukupnya dan makan makanan berkhasiat untuk tenaga berpanjangan. Ambil supplemen yang semulajadi jika anda berkemampuan dari segi kewangan dan kekangan masa untuk menyediakan makanan sempurna untuk diri sendiri. 

Minum air kosong secukupnya. Jika tidak, darah menjadi lebih pekat dan badan perlu bekerja lebih keras.

7. Pastikan lekapan / latching anak betul supaya breast dapat dikosongkan betul dan anak mendapatkan foremilk dan hindmilk.

8. Penggalak susu atau galagtagogue adalah herba untuk meningkatkan production susu seperti alfalfa. Namun, ia lebih berkesan dengan kekerapan penyusuan atau mengepam. Jika tidak, sebarang penggalak susu hanya memberi kesan sementara atau tidak berkesan kerana asas penyusuan adalah supply vs demand.

9. Anda mungkin tidak merasakan engorgement tapi ini tidak bermakna susu anda sudah kurang. Ini adalah petanda badan sudah adjust dengan demand anak.

10. Jika breast pad dah tak basah atau breast dah tak leaking juga tidak bermakna susu dah tak cukup. Ini hanya petanda badan hanya menghasilkan susu yang cukup untuk permintaan anak. Anda harus sentiasa positif dan yakin dengan kemampuan diri. Breastfeeding is more than just milk.

11. Ada sesetengah ibu yang mempunyai duktus atau gugusan susu yang sedikit berbanding ibu lain. Anda boleh berjumpa Lactation Counselor(LC) untuk mendapatkan nasihat lanjut jika tip di atas telah anda ikuti dan masih tidak berhasil.

  


Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.




November 22, 2011

OSTERMATRIX MEMBANTU DALAM MENAMBAH SUSU IBU JUGAK

Apa kata mereka tentang Ostematrix?..Di bawah ini sebahagian testimoni2 ibu menyusu yg dipetik dari FB tertutup ekslusif khusus buat customer kami.










Credit

Kalsium adalah komponen penting dalam susu ibu. Tubuh ibu juga akan kekurangan kalsium kerana berkongsi keperluan kalsium dengan bayi. Jadi, jika anda menyusu, anda memerlukan kalsium tambahan. Kalsium yang baik, adalah mudah diserap tubuh dan memberi kebaikkan pada pembinaan tulang. Malah, ibu yang menyusu akan dapat menambah pengeluaran susu dengan rutin mengepam yang baik. Tambahan lagi, ibu akan merasa lebih segar dan mudah bangun dengan pengambilan Ostematrix Shaklee ini.

Anda tak percaya? Cubalah dapatkan Ostematrix Shaklee yang banyak manfaatnya.Ostematrix Shaklee mengandungi kalsium yang mudah diserap tubuh, jadi sesuai dan harus diambil oleh individu berikut

1. Ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anaknya. 
2. Mereka yg allergy pengambilan bahan2 tenusu seperti susu. 
3. Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum. 
4. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur. 
5. Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari. 
6. Mereka yang sedang menjalani fisioterapi. 
7. Mereka yang mempunyai masalah rekahan di tumit kaki. 
8. Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan. 
9. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.


credit


Cubalah set Eu Four Pack baru yang mengandungi Ostematrix, Vitalea, B Complex dan Vitamin C

Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.




MENGURUT PAYUDARA SEBELUM MEMERAH ATAU PAM SUSU

Sebaik baiknya sebelum memulakan sesi mengepam susu atau perahan dengan tangan lakukan urutan payudara seketika. Urutan payudara yang sekejap ini mampu merangsang pengeluaran susu dan melancarkan sesi perahan. Ia juga mampu menjimatkan masa kerana susu lebih mudah diperah.

Sebelum mula mengurut payudara pastikan tangan anda dicuci bersih dahulu. Sebaiknya tekapkan payudara dengan kain yg direndam air suam seketika. Jom kita mulakan urutan payudara ini;)

1. Message
Gunakan jari telunjuk dan jari tengah, urut secara membulat bermula dari ketiak ke aerola. Lakukan serentak. Tangan kiri, payudara kita, tangan kanan payudara kanan.

2.Stroke
Gunakan kelima-lima jari dan tekan ke arah payudara secara lembut sahaja. Selain itu, boleh juga menyikat payu dara dengan sikat yang berigigi lebar dari ketiak ke aerola.

3.Shake
Posisikan badan condong sedikit ke hadapan, goyangkan dada dengan perlahan-lahan. Daya graviti akan membantu melancarkan pengeluaran payu dara.

Sekarang bolehlah mulakan sesi perahan anda, dengan tangan atau dengan pam elektrik.

credit : -  www.mysupervitamins.com




November 21, 2011

BARU 2MGGU DAH NAMOAK KESAN PD KULIT MUKA. APA YG DIAMALKAN OLEHA MEOW2 (pharmacist by profession)


Inginkan kulit muka yang bersih...?? Jom cuba & alami sendiri kesannya... Jika nak cantik lagi 10tahun akan datang, kene mulakan dari sekarang.. 

Berminat?! Email or sms alin untuk dapatkan harga yang istimewa... 

credit:- mommamia




November 20, 2011

TESTIMONIAL :- MASALAH KEPUTIHAN WANITA ADALAH MASALAH BESAR

Seringkali masalah keputihan mengganggu mana-mana wanita..Mana tak, bila keputihan terlalu banyak jadilah kegatalan pada alat sulit, berbau busuk dan macam-macam lagi. Walaupun ia sebenarnya satu masalah 'besar' jika tidak dipedulikan..Almaklumlah mahu berjumpa doktor dan memberitahu masalah ini sememangnya agak memalukan bagi sesetengah wanita. Wanita di luar sana, jangan biarkan masalah keputihan anda berlarutan okay...
credit
Adakah anda mengalami masalah berikut?
  • Kegatalan pada kemaluan?
  • Selalu keluar cecair berwarna putih dan kekuningan disertai dengan bau?
  • Ketidakselesaan apabila 'bersama' suami?
  • Terpaksa memakai panty-liner setiap hari?

Jangan Anggap Remeh!!!
Ramai wanita menganggap keputihan itu adalah gejala yang normal dan akan sembuh dengan sendirinya. Anda silap! Keputihan adalah lebih jauh daripada itu...
Tahukah anda bahawa keputihan terjadi disebabkan antara 2 sebab ini. Iaitu jangkitan bakteria seperti Bacteria Vaginosis ataupun kulat seperti Trichomoniasis dan Candida Albican.
Gambar Diatas Menunjukkan Contoh Faraj yang dijangkiti kulat
Jika rawatan kulat ini tidak dirawat, maka kesannya akan menjadi bertambah teruk. Kulat ini mampu merebak keseluruh tubuh anda dan seterusnya jangkitan ini boleh menyerang organ-organ penting dalam badan anda.
Jangkitan bakteria atau kulat ini juga mampu merebak ke pasangan kita.
Hasilnya organ seksual lelaki juga akan mengalami kegatalan, kemerahan, kesakitan dan juga kulit melecet.
Rajah diatas menunjukan bagaimana bakteria dan kulat merebak kedalam saluran faraj.
  
Apa Vitamin Shaklee dapat membantu?
Apa kata yang dah cuba Shaklee Feminine Set (Set F)?
Apa kata Dilla?
1) Senjak mama mengamalkan alfalfa, masalah keputihan mmg kurang. Ini kerana..terus terang mama cerita..baba sangat2 memuji selepas mama mengamalkannya. Hubungan kami juga menjadi lebih mesra. Bila baba dah puji, mama seronoklah..heheeee. Mama terasa diri mama begitu bersih, lagi satu nak solat pun senang..tidak perlu risau!
2) Mama mengalami masalah sembelit dari sekolah lagi. Mama masih ingat, arwah opah Qaireen selalu cakap macam ni kalau mama dalam toilet "Dilla ko ni berak tahi batu ke?" tapi itulah kenyataannya. Bayangkan senjak dari dulu mama "terseksa" setiap kali nak membuang. Kadang2 tu sampai berdarah! Seminggu tak lebih dari 3 kali membuang. Tapi sekarang Alahmdulillah seminggu 4 ke 6 kali membuang, dan yang paling penting tiada lagi darah yang keluar.
3) Mama juga salah seorang yang mempunyai penyakit eczema. Mama mmg tidak boleh duduk di tempat2 yang kotor, ada rumput, berhabuk, berpasir dan banyak lagi. Malah cadar tilam mama pun, mama akan ganti setiap minggu. Tapi sekarang, Alhamdulillah..seronok sangat bila mama join SGM, sebab waktu SGM kami duduk di tikar yang dibentang atas rumput. Masalah bintik2 dan gatal2 mmg tiada.
credit
........................................................................

Benar! Alfalfa Shaklee sememangnya membantu!
Alfalfa tumbuhan 1001 fungsi, bukan untuk ibu yang menyusukan anak je tauu!! Antara fungsi alfalfa yang wajib anda tahu dan ingat :
  • 1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  • 2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • 3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • 4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  • 5. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  • 6. Merawat arthitis
  • 7. Bagus untuk elergi dan ekzema
  • 8. Merawat athma
  • 9. Mencuci usus bagi membuang toksik
  • 10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitam dalam buah pinggang
  • 11. Meneutralkan asid dalam badan
  • 12. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  • 13. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  • 14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  • 15. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  • 16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • 17. Meningkatkan stamina seorang suami
  • 18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
  • 19. Membuang angin dalam badan
  • 20. Dan banyak lagi untuk disenaraikan…
So, kepada kaum wanita yang mahu asetnya sentiasa terpelihara, kami ada menyediakan Euphoria Feminine Set yang terdiri daripada gabungan Vitamin E dan Alfalfa.
Fungsi kedua vitamin ini untuk kewanitaan kita :
  • Vitamin - Anti oksida, anti penuaan, menyokong dan mempercepat pembaik pulihan otot & baik untuk jantung, dan ada yang menggelarkannya sebagai sex vitamin!
  • - Baik untuk kesihatan dalaman wanita, berfungsi seperti Kacip Fatimah (perapat!), membantu melancarkan kitaran haid, dan banyak lagi kebaikan Alfalfa (seperti dinyatakan di atas). 
Harga untuk set ini ialah RM212 (Semenanjung) | RM230 (Sabah dan Sarawak)*. Namun, sebarang pembelian melalui saya akan mendapat special price. Boleh hubungi saya secara personal ya! 
* Harga telah termasuk pos.
credit:- mommamia

Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.




November 19, 2011

SHAKLEE VITAMIN E BANTU HILANGKAN PARUT JERAWAT DAN KULIT MAKIN LICIN

Kepada customers saya yang masih belum join group khas customers Shaklee di Facebook, jangan lupa inform saya ya!

Testimoni ringkas "FANTAS-THE-BEST' vitamin E Shaklee (daripada group tersebut)

Sy amalkn Set B dan ESP. Mungkin sbb kurang air, alfalfa dlm set b sbbkn muka sy jadi berjerawat. Maka penuhlah mukaku dgn parut2 jerawat...hehe. Alkisahnya, sy tambahkn Vit E dlm aturan supplemt n vitamin2 sy. Selepas 2 minggu mmg sgt ketara kesannya. Alhamdulillah parut mmg hilang sikit demi sedikit. Skrg rasa licin je. Tp tula xde plak terpikir nk snap pic sebelum n selepas...huahuahua.
Nak kulit cantik macam Puan Adilah? Satu lagi testemoni by Bonda Sha
"sepanjang hari kulit rs gatal2 sbb byk mkn mcm2..lps tu teringat nk try sapu vit E,alhmdulillah dgn izin Allah trus ilng rs gatal...terima ksh,ya Allah..gembira sgt.lps ni mmg vit E kne beli byk2 la sbb nk pecahkn n sapu kt tmpt alergik n muka selain mkn sebiji hari2..."


 Boleh dapatkan sebotol atau pun secara customized packing dgn harga yag mampu milik

EXTRA tau jika anda rajin makan vitamin E (dan suami juga) sebab .. ehem .. ehem ..

Your Sex Vitamin

"Most men who take vitamin E for at least a week notice more sexual energy, harder, longer lasting erections, more pleasure when touched, stronger libido, and more powerful and frequent orgasms.'
"Most women who take vitamin E for at least 3 months notice stronger sexual desire, more engorgement, sensation, better lubrication, and intense climaxes."

credit.

Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.



November 18, 2011

BAGAIMANA MENGATASI JERAWAT

Apa itu jerawat? Jerawat adalah masalah kulit yang disebabkan oleh lebihan produksi kelenjar minyak (sebaceous gland) yang menyebabkan saluran folikel rambut dan pori-pori tersumbat.  Selalunya jerawat mudah tumbuh di bahagian muka, dada, belakang dan bahu (http://id.wikipedia.org/)

Jerawat sering muncul  antara umur 14 – 19 tahun yang dipengaruhi oleh perubahan hormon pada remaja lelaki dan juga perempuan.


Dari hasil penelitian menunjukkan sebanyak 85% populasi mengalami jerawat pada usia 12-25 tahun, 15% populasi mengalaminya hingga usia 25 tahun. Jika tidak diatasi dengan baik, gangguan jerawat adalah hingga usia 40 tahun.


Penyebab jerawat sering disalahtafsir. Ramai yang menganggap jerawat disebabkan oleh faktor kebersihan dan pemakanan. Misalnya makan kacang, coklat… boleh menyebabkan jerawat. Sebenarnya faktor2 di atas boleh memburukkan lagi keadaan, tetapi bukan punca jerawat.


Beberapa faktor penyebab munculnya jerawat antara lain:

  • ----> Stres
  • ---->Faktor keturunan dari orangtua
  • ---->Hormon : Salah satu faktor penting yang menyebabkan timbulnya jerawat adalah meningkatnya produksi hormon testosteron, yang dimiliki oleh tubuh lelaki maupun wanita. Hormon testosteron yang terdapat dalam tubuh lelaki maupun wanita menyebabkan timbulnya jerawat dengan merangsang kelenjar minyak (sebaceous gland) untuk memproduksi minyak kulit (sebum) secara berlebihan.
  • ---->Kelenjar minyak yang hiperaktif
  • ---->Bakteri di pori-pori kulit
  • ---->Iritasi kulit
  • ---->Anabolic steroid
(*credit to ghs)

Cara mencegah jerawat:

--->Cuci muka dengan pencuci yang halal dan kurang bahan kimia
--->Kurangkan penggunaan syampu atau minyak rambut yang berminyak.
--->Makan banyak buah-buah, sayur dan air secukupnya.
--->Dapatkan rehat secukupnya.
--->Supplement yang membantu untuk mencegah jerawat:
  • B Complex – membantu menstabilkan hormon dan emosi
  • Vitamin C – menjaga kesihatan kulit  
  • Vita Lea – vitamin dan mineral lengkap, antaranya membantu dalam metabolisma gula. Jika anda ada masalah dengan metabolisma ini, anda terdedah kepada jerawat.
--->Supplement untuk merawat Jerawat:
  • Vitamin E – membantu mengurangkan parut
  • Zinc Complex – melegakan ketidakselesaan akibat jerawat dan menyembuhkan kulit yang rosak
  • GLA Complex – menyembuhkan kulit yang rosak

credit:- mommamia


Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.


November 17, 2011

MASALAH KULIT KRONIK,BERJERAWAT MENANAH AKIBAT RESDUNG.. JOM BACA KISAH AIZAT




Buat pengetahuan semua, gambar diatas adalah gambar adik Iffa sendiri, Aizat namanya. Adik iffa mengalami alahan kulit yang sangat teruk sehingga menyebabkan mukanya dan beberapa bahagian kulit di kaki di tumbuhi jerawat yang besar dan menanah.  Masih Iffa ingat, Aizat pernah berselipar ke sekolah kerana tidak boleh menyarungkan kasut sekolah akibat nanah di kaki yang sgt teruk dan berbau. Jika dilihat memang rasa geli tapi Iffa sangat bersimpati dan runsing kerana ia menganggu Aizat yang ketika itu sedang menumpukan perhatian di Sekolah sebagai pelajar Ting 5. 
Pelbagai rawatan modern telah dibuat, ubat dimakan kesannya berkurang tetapi bila habis ubatnya, kembali seperti biasa.. Kata doctor kerana sinus a.k.a resdung. iffa juga pernah membawa Aizat untuk berbekam membuang darah kotor.. kasihan rasanya ditoreh2 dibahagian jerawat itu..bagi yang tidak pernah berbekam pasti ngeri melihatnya. Namun alhamdulillah, Iffa berjaya mencari penawar buat adik Iffa
Kerana yakin keberkesanan produk Shaklee Iffa telah susunkan jadual pemakanan untuk adik bagi beberapa produk tertentu. Apakah produk-produknya? Bagi masalah kulit seperti Aizat (Berjerawat, nanah/resdung dan berminyak serta sensitif), Ini adalah Supplement yang Iffa syorkan buat anda:
  • Shaklee Vita - C
  • Shaklee Vita - E
  • Shaklee Alfalfa Complex
  • Shaklee Vanilla Meal Shake
Berapa lama masa diambil utk menampakkan kesan? Bagi Aizat, bulan pertama mengambil Set diatas telah mula memberikan kesan positif dimana, kulit yang bernanah mulai kering. Kini Aizat telah consume Meal Shake untuk bulan ke-3 (3 canister) dan kulit Aizat semakin cerah (tidak lagi kusam), semakin licin, tidak lagi tumbuh jerawat (jika ada sgt terkawal katanya pada Iffa ketika berjumpanya baru-baru ini). Makin ramailah girlfriend yang datang kan adik sayang...Hati - Hati ya =)
________________________________________________

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Set ini, saya juga menyediakan ia didalam bentuk Loose Pack atau mudah dipanggil

Euphoria Mini Pack selama sebulan
 Shaklee Vita - C : 30 tabs
Shaklee Vita - E : 30 caps
Shaklee Alfalfa Complex : 90 tabs
Shaklee Vanilla Meal Shake : 1 canister

Manakala untuk Full Pack (for 4-6 months)
Shaklee Vita - C : 180 tabs 
Shaklee Vita - E : 120 caps 
Shaklee Alfalfa Complex : 330 tabs 
Shaklee Vanilla Meal Shake: 1 canister

credit:-mommamia

Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.


November 16, 2011

REMINDER!!! APA YANG PERLU ELAK BILA MAKAN VITAMIN SEKALI GUS...

Ramai yang suka komplen kata vitamin ni tak sesuai dengannya. Tak bestlah. Tak serasilah. Sebenarnya vitamin semulajadi insyaAllah mudah serasi dah tiada masalah untuk sesiapa saja. Vitamin pilihan yang semulajadi adalah lebih baik daya serapannya. Memang ia mengambil masa kerana perlu memperbaiki dari dalaman dahulu. Oleh kerana itu jugalah, fullpack selalu didatangkan untuk tempoh 4 bulan demi memastikan pengguna menggunakan sesuatu jenis vitamin secara berterusan untuk kesan yang optimum.

Sebelum inia saya akan mencadangkan kepada pengguna untuk ambil vitamin pada pada waktu malam atau selepas makan malam kerana nutrien lebih mudah menyerap pada pada waktu tidur kerana badan sedang berehat. Namun, kalau kita boleh berdisplin, sesetengah vitamin lebih sesuai di makan pada waktu-waktu berbeza. Jangan lupa untuk mengambil air kosong mengikut berat indivitu itu demi mengelakkan healing crisis dan melancarkan proses pemulihan. Untuk info, setiap 25kg manusia, memerlukan 1L air. Bagi yang mengambil vitamin dan ibu menyusu, keperluan air adalah lebih lagi.
 


Semasa mengamalkan pelbagai jenis vitamin, TIDAK DIGALAKKAN!!

  • Mengambil ALFALFA bersama-sama VITAMIN E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
  • Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi ke dalam VITALEA Shaklee. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.
  • Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.
YANG DIGALAKKAN pula adalah
  • VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.
  • VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak
  • Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
  • Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang berjalan lancar dan membuahkan hasil, sila teruskan. Namun jika tidak memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walaubagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita. Boleh try and error mana yang sesuai dengan tubuh masing-masing.





November 15, 2011

AKU TERIMA NIKAHNYA.......11.11.11


11.11.11 sure ramai yg bernikah heheheh, bagus-bagus jom kiter mendirikan  masjid bende baik buat apa ditanggh2 betul tak hehehe? okies akhir yerk bernikah jugak adik ipar i nie.. dah spai seru die nak jadi suami org.. semoga jadi suami yg soleh hehehhe.. so apa lagi malas nak citer panjang2 jom kiter layan gambar jerk heheheh


mak mertuaku yg bertudung hijau lumut, birasku yg bertudung merah hati, dan dua anak buahku bertudung coklat dan hitam..dan semesti yerk puteriku umairah hehehe.. masa nie tgh menunggu tok kadi ..


umairah dgn sepupu die, suke ler ber pok pek pok pet berduaamboi bukan main lagi...


masa nikah nie cuma ade mas kahwin dan barang batal air sembahyang jerk sebab masa tunang ari tue dorang dah bagi semua dah .. cantik gubahan mas kawin tau..menarik  k


kiter ngan biras kiter pun nak berfoto jugak yaaaaaaaaaa... oh yerk mase nie si iman tgh tido dengan lena gitue... so boleh ler bergedik2 berfoto2 bagai :)


 syukur alhamdulillah dah sah jadi pasangan suami isteri, masing2 salam mak mertua



 sesi malu2 pulark.. tersenyum jerk pengantin


 gambar family pihak lelaki dan pihak perempuan


 anak sedara nak bergambar dengan pengantin heheh

 

iman baru bangun tido.. muke pun masam jerk biler bergambar


i pun nak berposing dengan en suami heheh.. maklum ler kan hari ulangtahun perkahwinan kami yg ke 5 jeng..jeng..jeng


 nie gambar family abang ipar i.. kesian abang ipar i biras i terlupa bawa baju melayu heheehe
 

 family EFB pun mestiler ada ... tuan blog lah katakan...

dah abis dah bergambar hehehe, kepada adik ipar i, selamat pengantin baru, semoga hubungan korang berdua berkekalan hingga akhir hayat... yang best yerk mak mertua i, die punyer menantu semua huruf bermula dengan huruf A ( ATI,AYU DAN ANA) heheehe